Kami telah menamakan syarikat ini B.O.B Motorsports dengan tag kata slogannya "Bikers On Bikes" dimana syarikat ini adalah merupakan anak syarikat kepada Kubik Kuasa Sdn. Bhd. yang juga milik bumiputera 100%.
B.O.B Motorsports diketuai oleh rakan kongsi utama iaitu En. Shahrul Hizam Rosli atau lebih mesra dipanggil "Along" dimana beliau ini telah berkecimpung dan ber "main motor besar" boleh dikatakan agak lama juga. Beliau adalah bekas ahli kelab motosikal berkuasa tinggi yang dikenali sebagai "Violent Storm MC Malaysia" dan beliau juga pernah memangku jawatan sebagai "Vice President" di dalam kelab tersebut. Beliau secara langsung telah terlibat di dalam dunia perniagaan dalam bidang kepeguaman agak lama dan berbekalkan modal yang ada dan ide-ide rakan-rakan kongsinya yang lain, beliau telah berjaya untuk merealisasikan B.O.B Motorsports.
Salah seorang ahli rakan kongsi B.O.B Motorsports yang dikenali ialah En. Asnizan Asnan atau lebih manja dipanggil Bob. Melalui ide-ide dan plan-plan yang telah dirancang dan dicurahkan oleh beliau inilah yang telah meyakinkan Along untuk melabur dan menubuhkan B.O.B Motorsports. Bob begitu arif mengenai alat-alat ganti motosikal dan aksesori motosikal. Sebelum ini beliau telah berniaga kecil-kecilan dengan membuka sebuah bengkel di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Ramai juga para "bikers" yang telah meminta beliau untuk "turun tangan" bagi membaikpulih dan merestor semula motosikal mereka. Beliau juga adalah pemilik "LC Tong" kuat dan begitu dikenali oleh para pemilik motosikal jenis-jenis "modern classic" ini terutamanya Kelab RD Malaysia. Beliau juga merupakan seorang "restorer" motosikal jenis ini dan beliau mempunyai beberapa jenis motosikal seperti MBX 125, RXS , RXK dan berbagai lagi.
Para mekanik kami adalah merupakan mekanik-mekanik yang berpengalaman luas di dalam bidang membaikpulih motosikal dan juga di dalam bidang permotoran di mana rata-rata antara mereka adalah merupakan bekas-bekas pelumba "tuuuttt" yang kini lebih dikenali sebagai "Mat Rempit" sekarang ini. Ada yang berpengalaman luas untuk membaikpulih motosikal jenis "small c.c bike", ada pula yang sememangnya "terror" untuk membaikpulih motosikal jenis "modern classic" dan "superbike" termasuklah juga motosikal jenis "chopper". Seksyen pusat servis kami ini diketuai oleh seorang anak muda yang sememangnya begitu berkaliber dan dikenali ramai para "bikers". Beliau adalah En. Mohd Firdaus atau nama panggilannya "Daud". Baru-baru ini di atas komitmen yang telah beliau tunjukkan dan berikan di dalam syarikat, beliau telah ditawarkan untuk menjadi sebahagian dari ahli rakan-kongsi perniagaan.
Konsep B.O.B Motorsports
Konsep perniagaan yang cuba B.O.B Motorsports ketengahkan adalah untuk menjadikan pusat servis dan alat-alat ganti kami ini sebagai "One Stop Centre" kepada para bikers semua.
Antara konsep-konsep yang cuba kami ketangahkan semasa kami membuka kedai motosikal ini, adalah untuk membaikpulih motosikal jenis "modern classic" sepertimana yang pernah diperkenalkan di dalam sebuah filem suatu masa dahulu iaitu filem AZURA yang dibintangi oleh Jamal Abdillah, Ogy Ahmad Daud, Syed Sobrie dan ramai bintang-bintang lain. Motosikal jenis RD 250/350, LC TONG, YP 125/250/350, MBX 125/250 dan pelbagai lagi jenis-jenis "modern classic". Untuk makluman semua juga, bengkel kami ini bolehlah dikatakan mempunyai kepakaran di dalam bidang pengubahsuaian motosikal, bidang fiber-fabrication, bidang penyemburan cat dan membaikpulih body.
Pusat servis kami ini tidaklah hanya tertakluk di dalam membaikpulih motosikal berkuasa tinggi dan jenis modern classic sahaja, motosikal-motosikal jenis "kapcai" ataupun "kapkia" juga kami baikpulih. Machine motosikal yang dibaikpulih dan diselenggara dengan baik adalah juga daripada hasil penggunaan minyak enjin atau/dan minyak pelinciran yang bermutu tinggi yang kami bawakan dari pusat pengilangan di England yang dikenali sebagai "Rock Oil".
Kepada para pengguna minyak pelinciran yang kami syorkan ini sememangnya bisa untuk membuatkan motosikal mereka untuk "rocking on the road". Di antara jenis-jenis minyak pelinciran yang begitu sekali "high performance" adalah seperti XRP, Guardian, PP2, K2 PLUS dan berbagai lagi. Kepada para bikers yang begitu menyayangi dan mencinta motosikal anda, silalah kunjungi pusat servis kami ini dan dapatkan nasihat daripada para mekanik kami agar kami dapat membantu anda memanjangkan hayat motosikal anda.
Kawasan-kawasan Sasaran Kami
Kepada para pemilik motosikal tak kira apa jenis sekalipun baik "superbike", modern classic", "kapchai" di kawasan-kawasan sekitar sepanjang Jalan Sentul, Bandar Baru Sentul, Menara Orkid, Sentul Raya Boulevard, Sentul Pasar, Taman Dato' Senu dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya juga, silalah mengunjungi pusat servis kami bagi mendapatkan hasil pembaikanpulih yang yang terbaik, insya-Allah.
Antara Perkhidmatan-Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pihak Kami
Diantara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh B.O.B Motorsports adalah seperti berikut:-
i. Menjual Motosikal Baru Dan Motosikal Terpakai
Sepertimana yang pihak kami biasa lakukan adalah dengan memperkenalkan para pembeli motosikal baru kepada kedai-kedai motosikal sedia ada seperti Ah Hong Yamaha, Boon Siew Honda, Kawasaki Sunrock dan Motomillia Aprillia. Pihak kami akan berurusan dahulu dengan kedai-kedai tersebut untuk mendapatkan harga terbaik dan seterusnya menguruskan pembelian tersebut termasuklah penyediaan kertas kerja insuran dan pendaftaran motosikal di Jabatan Pengangkutan Jalan.
Pihak kami mendapatkan alat-alat ganti baru dan terpakai daripada para pembekal kami di Singapura, Thailand bahkan juga dari Jepun dan kemudiannya, alat-alat ganti baru dan terpakai tersebut akan dijual terus secara langsung dan juga secara pembayaran deposit sekiranya alat-alat ganti tersebut begitu sukar didapati dan ianya perlu ditempah terlebih dahulu.
iii. Pusat Servis
Kedai kami juga ada menyediakan perkhidmatan pusat servis motosikal dengan mengadakan tenaga-tenaga kerja yang merupakan para mekanik yang berpengalaman luas di dalam membaikpulih motosikal jenis “small c.c. bike”, “modern classic” dan “superbike”.
Perkhidmatan ini disediakan oleh kami buat para pemilik motosikal yang ingin untuk menukar “baju” motosikal mereka. Semburan cat secara 1K atau 2K yang boleh merubah bentuk sesebuah motosikal itu menjadi lebik menarik dan "cun".
Pihak kami juga ada menyediakan perkhidmatan “breakdown service” samada “on side service” atau di tunda balik ke pusat servis kami. Perkhidmatan ini juga kami berikan kepada para pengguna secara 24 jam.
Diantara perkhidmatan-perkhidmatan lain, perkhidmatan yang tersebut diatas adalah perkhidmatan “value added” kepada pusat servis kami. Pihak kami akan memberikan perkhidmatan ini kepada para pemilik apa jua jenis kenderaan dan ianya tidaklah hanya tertakluk kepada motosikal sahaja.
Untuk makluman semua, dengan permit yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Polis Diraja
52 comments:
salam..
kdai ni ad jual x moto 125z or 125zr
yg trpakai..??
brapa harga??
hope can reply..
saya nak tanya.. fork suzuki sv1000s ada x?
salam....
sye nk tnye...footrest untuk skuter nouvo s ade x??
boleh pos x??
klaw boleyh pos hrga semua brape??
cod kedah...
Bro..moto honda cb or suzuki gs min 400cc up ada jual? berapa hrga?
sye nak cri fork n absorber untuk cb400 leh pm sye x harge , no tel n alamat kedai bos
ada jual water pump untuk honda shadow 600vlx 1993 + penghantaran kuching sarawak..brapa?
Saya mahu dapatkan 1 unit kubarator untuk motorsikal Honda XR250. Boleh emailkan saya di email a1zurick@gmail.com untuk maklumat lanjut harga tersebut.
Terima Kasih
Salam, Saya memerlukan 1 unit kubarator bagi Honda XR250. boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan harga dan bagaimana berurusniaga untuk barang tersebut
Sallam ..rim honda cbr150 ada jual tak?
Sallam ..rim honda cbr150 ada jual tak?
Bro..nak order barang wave dash...modified punya
Salam .saya kalau nk servis karb vulcan 750 thun 90an brape cos dan kalau nk ejas tappat brape cos
Salam nak tanya bro ada jual mono dgn rim tzm 150 x? Kalau ada pc sy 01115377411 ok
Modified2 nk gi mana wave je pon laju mana lah sngt leh gi
Boss..cb659f ada jual tak??
Sory cb650f...
Sory cb650f...
Boss..cb659f ada jual tak??
Exzos lc 135 baru berapa bos...
Salam....nk tny ad jual x enjin honda wave 110?...sbb sy nye enjin dh teruk la sbb dh pnah overhall...
Salam....nk tny ad jual x enjin honda wave 110?...sbb sy nye enjin dh teruk la sbb dh pnah overhall...
Salam ak tanya motor lc 135 nak tukar blok fz berapa cost?terima kasih
Salam ak tanya motor lc 135 nak tukar blok fz berapa cost?terima kasih
Saya mencari nombor telefon BOB motor sport, ada sapa2 yang boleh bantu.
BOB, boleh dapatkan seconhand 'sight Mirror' utk GSXR K9.
kalau ada, boleh hubungi saya, -019 - 236 4086
Blh tmpang tnya,sy nk cari sportrim honda waze 100 murah biar trpa kai atau baru yng pnting masih elok,kalau ade tlong call me 0187923285
saya tgh cari spare part cb 400 la
saya tgh cari spare part cb 400 la
no contact saya 01128255327
no contact saya 01128255327
bang, boleh tanya kalau ada spare piston block rd350lc , kalau ada 0.0, brapa harga satu set? terimakasih..
bang, boleh tanya kalau ada spare piston block rd350lc , kalau ada 0.0, brapa harga satu set? terimakasih..
Wujud lagi ke kedai nie?? Tngok google maps mcm dah jadi kedai lain.
Bang ada tak cover headlamp model r15/r2/r6
Bang ada tak cover headlamp model r15/r2/r6
ade x stripe n spoket honda mbx 125..tq
Salam...nak tanya meter motosikal ts125er ader tak berapa harga..?boleh email saya di doublesent2015@gmail.com tq
Kat mane kedai ni .. x jumpa pun
salam bos,brg2 rxs bleh dapat lg ke
salam bos,brg2 rxs bleh dapat lg ke
Assalam...
Barang2 CBR150 ada juai tak bang..??
Assalam...
Barang2 CBR150 ada juai tak bang..??
Assalamualaikum..sy nk tnya radiator drz400sm tahun 2008 ada x atau blh order pm sy 0125983389 syed..
Assalamualaikum..sy nk tnya radiator drz400sm tahun 2008 ada x atau blh order pm sy 0125983389 syed..
Assalamualaikum boss2...sy nk cari spare part R1200rt tahun 2008..kalo boleh cari tlg wasap sy kt 0192081160 tq
Salam broenjon honda cbr 600 model f2 ada x
Salam,
sy nak restore moto Yamaha V70/V75.... b.o.b motorsports akan sudi terima?
Salam bro, nk tanya utk yamaha r6 2008 punya fairing kiri ada sparepart x?
Ada jual fork guart utk drz 400
Ada jual kick start motosikal norton tak?baru/second roger2..terima kasih..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cb 400 super four, nak restore semula. Tuan blh bantu
Assalam tuan..
Ada x part utk Yamaha xj6
Assalamualaikum..
Esok saya nk gi kedai, nk cari minyak pelincir motor dn oil filter.
Post a Comment